About this blog

all about art life n design....how to create life with art n design....

Definisi seni perfileman mengikut kamus dewan bahasa

Papadon arahan afdlin shauki

benda tipis drpd seluloid yg dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif); 2. gambar bergerak yg ditayangkan pd layar, biasanya di pawagam, wayang gambar: mereka selalu berbicara tentang cerita ~;~ bicara wayang bersuara (wayang gambar yg pelakon-pelakonnya berkata-kata); ~ berwarna wayang gambar dlm warna-warni; ~ bisu wayang gambar yg pelakon-pelakonnya tidak berkata-kata tetapi hanya beraksi; ~ dokumentari filem yg memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara (peristiwa, aktiviti dsb) tertentu; ~ lucah filem yg banyak menayangkan adegan seks; memfilemkan menjadikan filem, membuat cerita dlm bentuk filem: syarikat perfileman itu akan ~ kisah hidup P. Ramlee; perfileman (segala hal) mengenai filem (wayang gambar): perusahaan ~ itu dibiayai oleh orang Jepun; masalah ~. 

Filem Cereka 

Filem cereka (cerita rekaan) lazimnya mengambil masa tayangan lebih kurang 90 minit dan kebanyakannya ditayangkan di pawagam atau dewan tertentu yang dapat memuatkan ramai penonton. Sejarah filem Malaysia (dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya) bermula seawal tahun 1920 di mana beberapa buah filem dokumentari telah diterbitkan. Namun sejarah filem cereka hanya bermula pada tahun 1933 di mana filem Laila Majnun berjaya diterbitkan oleh syarikat Motilal Chemical. Filem arahan pengarah dari India, BS Rajhans itu berdasarkan hikayat cinta dari timur tengah di mana pelakon bangsawan M. Suki memegang peranan sebagai Majnun. Sejak itu pembikinan filem cereka telah berkembang pesat dengan kemasukan penerbit bersaudara Shaw dari China. Kegiatan perfileman ketika itu berpusat di Singapura. 
Senarai lengkap filem cereka disusun mengikut abjad (lihat atas) dan tahun tayangan (lihat kanan) 
* Jumlah keseluruhan filem cereka yang disenaraikan ialah sebanyak 868 buah judul filem 
Masukkan istilah pencarian Anda Kirim formulir pencarian 
Web 
www.filemkita.com 

Filem Pendek 

Filem pendek lazimnya mengambil masa tayangan yang lebih singkat berbanding filem cereka. Kebanyakan filem pendek mengambil masa tayangan kurang daripada 60 minit. Tiada jangka masa minimum yang ditetapkan untuk jenis filem sebegini. Ada yang mencapai 30 minit, 10 minit, malah 1 minit. Oleh kerana had masa tayangan yang singkat, isi kandungan filem pendek juga terbatas. Filem pendek berkait rapat dengan elemen eksperimen dan ia tidak mementingkan penceritaan yang padat. Terdapat juga filem pendek yang bersifat seperti filem cereka namun aspek penceritaannya tidak merumitkan dan agak ringkas. Biasanya filem pendek tidak ditayangkan di pawagam kerana selain masa tayangan yang singkat, format filem pendek juga tidak sesuai untuk tayangan di layar perak (bersesuaian juga dengan kos pembikinannya yang sedikit). Biasanya filem pendek dihasilkan oleh penuntut jurusan seni filem dan individu yang berminat untuk mengembangkan bakat seni filem mereka. 

Dokumentari 

Dokumentari merupakan jenis filem terawal dihasilkan di Malaysia iaitu sekitar tahun 1920-an. Selain filem pendek, dokumentari juga biasanya mengambil masa tayangan yang singkat berbanding filem cereka dan ia juga biasanya tidak dihasilkan untuk tayangan di pawagam. Dokumentari bersifat merakamkan sesuatu peristiwa atau tajuk-tajuk khusus yang dilihat penting dan bakal menjadi bahan sejarah sesebuah negara. Dokumentari juga menjadi bahan kajian ilmiah dan sumber rujukan alternatif selain bahan-bahan bacaan yang sering menjadi rujukan utama. Selain itu dokumentari juga sering dijadikan bahan propaganda pihak tertentu dan selalu juga berjaya mempromosikan sektor pelancongan dan budaya sesebuah negara. Oleh kerana matlamatnya bukan untuk hiburan atau bereksperimen, maka dokumentari lebih cenderung dihasilkan oleh agensi kerajaan dan syarikat korporat umumnya. 

Telefilem (TV) 

Telefilem merupakan sejenis karya cereka seperti filem juga tetapi ia khusus untuk tayangan di televisyen sahaja. Medium penggambaran telefilem pula biasanya menggunakan format video yang kemudiannya boleh dipindahkan ke bentuk filem sekiranya perlu ditayangkan di pawagam. Dari aspek penceritaan pula, telefilem kadang kala mengatasi filem cereka hanya kerana satu kelebihan iaitu kurangnya halangan dalam penceritaan di mana kepelbagaian skrip boleh dilhasilkan hasil daripada kurangnya tekanan untuk menarik penonton mengunjungi pawagam. Antara kelebihan lain telefilem berbanding filem cereka adalah kos pembikinannya yang sedikit serta kurangnya bebanan tugas disebabkan saiz penerbitan yang kecil. 

Video (VCD) 

Telefilem dihasilkan dan dijual kepada stesen televisyen untuk mendapatkan pulangan. Ia biasanya tidak dijual kepada orang ramai. Walau bagaimanapun, terdapat juga karya cereka tertentu dihasilkan dalam format video semata-mata untuk dijual kepada orang ramai. Biasanya filem-filem sebegini memaparkan cerita yang agak berbeza daripada yang sering disiarkan di kaca televisyen. Sesetengah stesen televisyen tidak akan menayangkan jenis filem tertentu (contohnya ganas dan seram), oleh itu penerbit filem video lebih cenderung menjual sendiri filem mereka kepada penonton yang berminat. Filem video ini biasanya diedarkan dalam bentuk cakera/pita video sama ada dalam format VCD, VHS atau DVD. Selain dapat meneroka aspek penceritaan yang baru dan segar, penerbit filem video tersebut juga dapat bereksperimen selain mendapat pulangan yang berterusan selagi filem tersebut dibeli penonton. 

Karyawan, Seniman & Seniwati 

Karyawan, Seniman dan Seniwati filem Malaysia merupakan penggiat seni perfileman sejati yang tidak pernah jemu berkarya dengan menghasilkan khazanah filem bermutu secara konsisten di samping memberi nafas baru di sepanjang perjalanan seni mereka demi menyaksikan warisan filem Malaysia terus unggul di tangan generasi baru yang penuh dengan semangat dan iltizam. Merekalah bintang-bintang filem hebat yang terus menyinari dunia perfileman Malaysia dahulu, kini dan akan dikenang selamanya... 

Refference : Jiweang.org

Komen aku : seni filem amat penting hari ni..Melalui filem sesebuah mesej boleh disampaikan dgn mudah..
cume masalahnye skunk lebih banyak filem tentang cinta berbanding epik or sejarah....bagi aku filem epik filem
yang paling mendapat sambutan dan meletop cam bunga api...hikhikhik..cuma penerbit jew yg tak berani amik
risiko.

0 comments:

Post a Comment

aku budak seni FM


visitorz

About Me

My Photo
mr slumber
inside ur desktop, outside my laptop, Malaysia
life same as arts,do ur arts
View my complete profile

Entertaiment