Seni khat dan seni lukis (fine art)
Seni khat (grafik)
Dari segi makna literal, seni ialah halus, indah atau permai. Dari segi istilah, seni ialah segala
yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia. Dalam pengertian yang
lebih padu, ia membawa nilai halus, indah, baik dan suci : berguna dan bermanfaat serta
mempunyai fungsi dan nilai sosial.
Selain itu, keindahan adalah sesuatu yang wujud di luar diri manusia yang menikmati keindahan
itu. Ia dapat dirasa, ditanggapi dan dihayati. Allah adalah sumber daya dan sumber pemikiran
manusia manakala imaginasi dan keupayaan mencipta yang ada pada manusia adalah percikan
dari daya kreatif Allah. Oleh itu, seni boleh dibahagikan kepada 2 :
a) Seni ciptaan Allah
b) Seni ciptaan manusia
Dengan memperakukan bahawa seni juga termasuk apa yang dicipta oleh Allah , ia tidak
bermakna kita mencampuradukkan seni ciptaan manusia dengan seni ciptaan Allah.
Komen aku : seni ni banyak,bukan takat seni di kanvas or kertas but suara,tarian also pertahanan diri jugak seni...so bole tak korang bayangkan world without art n design???hihihi....
renungkan bersama okeyh!!
Refference : Seni dalam islam,haji abdul ghani samsudin
0 comments:
Post a Comment